Friday 1 March 2013

KESULTANAN SULU? BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI

Petang ini saya mendapat khabar berita nun dari LD (nama timangan Lahad Datu) tapi menurut orang-orang Suluk/Sulu Datu itu sendiri menggambarkan jurai keturunannya. Sama seperti pemimpin USNO aruah Tun Datu Mustapha namanya diabadikan di MRSM Tawau sekarangnya. Semantiknya orang-orang Sulu telah berjaya dan tentunya megah nama keturunannya dipahat pada sebuah intitusi gah dan tersohor di Borneo, Tawau. Sudah ada penambahbaikan bah katanya. Sebabitu kumpulan pemberontakan atau menurut RTM askar Kesultanan Diraja Sulu bermati-matian mempertahankan LD kerana sejarah lama menjelaskan LD serta Sandakan miliknya. Sandak(pajak menurut bahasa Sulu) diberi pinjam kepada Syarikat Hindia Timur Belanda selama beberapa tahun. Apa pun kita tinggakan dulu sejarah pedih Melayu nunsantara itu. Khabar berita dari Semporna melaporkan semua premis ditutup awal lantaran berlaku serangan di LD. Apa tidaknya di Semporna terdapat beberapa perkampungan Sulu, antaranya Kg. Simunul yang diambil namanya daripada pulau Simunul di Kepulauan Sulu. Bimbang akan sesuatu yang terjadi pihak IPD mengarah masyarakat  sekitar agar tidak keluar rumah pada waktu malam. Lalu sibuklah kedai-kedai dengan masyarakat yang bimbang akan perintah berkurung ini. Namun malam tadi Semporna ibarat pekan yang mati dilanda badai Sulu. Sebenarnya rasa bimbang tetap ada, apa tidaknya dengan suasana sedia ada sekarang serta bahang PRU yang tak kunjung tiba situasi di timur Sabah ini tetap membara dan menuntut penambahbaikan dalam segala aspek. Pengamatan saya selain jual belinya yang ada menggunakan mata wang peso, kebanjiran ummat juga melingkari situasi masyarakt. Jika dilihat di sekolah, hampir majoriti masyarakat Sulu belajar di sini baik di sekolah swasta atau kerajaan. Pada saya itulah sebabnya tahap pendidikan di sini merosot dan merudum jauh. Persoalannya kita mengajar anak didik siapa? Apa mahunya pendidik di sini jika motivasi begitu hanyut dibawa gelombang pulau. Penambahbaikan apa yang kita mahukan? datanglah ke sini ,meja perbincangan terbuka luar dan perlukan integeriti.

No comments:

Post a Comment