Wednesday 27 February 2013

PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah)

PBS satu jenama baharu dalam anjakan paradigma kelangsungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kelancarannya sedang diperhatikan. Apa tidaknya bagi warga kementerian pelajaran, PBS lebih sinonim dengan " Puuhh Bebannya Sekolah" dengan longgokan fail-fail yang berjenama tersendiri dan eviden-eviden yang perlu disedaikan semasa menguji pelajar cukup mengajar apa sebenarnya arah tuju pendidikan di Malaysia. Sunggupun Menteri Pelajaran Malaysia berjanji akan mengkaji semula pelaksanaan PBS namun apa yang guru-guru harapkan perlu ada satu makenisma yang terbaik dalam menjana dan membentuk pentaksiran untuk pelajar di sekolah.. Kita tidak mahu penambahbaikan yang kita rancang akan menimbulkan satu perang besar dalam kalangan guru. Ibarat  menarik rambut di dalam tepung , terma ini memerlukan penelitian yang mantap. Saat ini ujian selaras sedang berlangsung di MRSM, kelas yang terlibat dengan PBS tiada peperiksaan. Apatah lagi yang terlibat dengan program IGCSE tak tahu mana hujung pangkalnya. Ketiadaan guru dan buku yang belum mencukupi rona-rona di MRSM semakin menjadi menarik untuk difikirkan maksud penambahbaikan itu. Pastinya jangan biarkan tikus itu ada dan jangan berikan labu itu. Bagi guru-guru pula janganlah ambil labu itu dan terjun bersamanya. Ibarat si Luncai!

1 comment:

  1. adakalanya apabila bebanan guru berat kepada tugas pengkeranian, ianya boleh menyebabkan kurangnya tumpuan guru terhadap P&P di dalam kelas. pada pendapat saya Satu penambahbaikan perlu difikirkan seperti mewujudkan guru pembantu.

    ReplyDelete